Saturday, January 15, 2011

SENYUMAN

Senyuman adalah satu sihir yang halal,senyuman adalah tanda ingin menjalin persaudaraan,wang pendahuluan bagi hati yang bersih,risalah cinta dan kasih sayang. Senyuman mampu meleburkan batu keras kedengkian dan melenyapkan bongkahan-bongkahan permusuhan. Senyuman mampu melepaskan  tali kebencian, mengusir bisikan-bisikan kedengkian, membersihkan kotoran-kotoran kebencian dan mampu mengusap luka  terputusnya hubungan persaudaraan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " Senyumanmu terhadap saudaramu adalah sedekah"
 
Hal ini tidak lain kerana ,dengan senyuman kamu telah memunculkan perasaan senang dan bahagia di dalam hatinya.Dengan wajah yang penuh senyuman dan ceria  anda telah memikat hatinya dengan wajah yang cerah penuh persaudaraan, bererti  anda telah mampu menyejukkan hawa panas di dalam dirinya.
 
 Jadi, sesiapa yang ingin mendapatkan simpati dan kasih sayang dari orang lain maka tersenyumlah kepada semua orang. Kerana dengan senyuman,seseorang dapat menghapuskan rasa benci dan dengki dari hati orang lain dan dapat mencabut duri dari dalam jiwa mereka.

 Tersenyum merupakan ubat yang sangat mujarab yang dianjurkan oleh para ulama ahli nasihat. Sesiapa yang dikehendaki mendapat kebaika oleh Allah S.W.T.,maka Dia memberinya kurnia  berupa akhlak yang mulia,hati yang lembut dan wajah yang cerah dan dihiasi dengan senyuman kepada saudara-saudaranya. Satu senyuman yang mampu memberi cahaya  ketenangan dan lembutnya hembusan angin kedamaian.

 Hendaklah orang yang berwajah masam,merengut dan berakhlak tercela sedar bahawa sebenarnya yang akan merugi bukan orang lain,akan tetapi dirinya sendiri.Ia akan kehilangan orang-orang dekatnya, kerana dengan wajahnya yang merengut dan masam, bererti ia telah mengusir kawan-kawannya dan menyia-nyiakan jalinan persahabatan yang sangat mahal harganya. satu jalinan persahabatan yang demi keutuhannya seseoran akan rela mengorbankan harta kekayaannya yang dibuat dari emas dan perak.

 Allah berfirman dalam surah Al Anfal ayat 63...
 "Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)  walaupun kamu membelanjakan semua(kekayaan) yang berada  di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. sesungguhnya Dia Maha gagah lagi Maha bijaksana "

...Hakadha Haddathasana al Zaman...Dr AlQarni

No comments:

Post a Comment