Monday, December 20, 2010

Muqaddimah...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah,segala puji kepada  Allah  s.w.t. yang telah memilih jalan
dan menguntungkan kepada para hambanya yang tunduk dan patuh kepada aturannya.Salawat dan salam dipanjatkan  kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang terkenal sebagai hamba yang paling bersyukur dan paling tunduk kepada apa jua yang ditentukan oleh Allah s.w.t baginya.

Blog yang ciptakan  ini merupakan sebuah blog yang membincang dan memperkatakan tentang kehidupan dan mengambil iktibar dari apa apa yang pernah berlaku di dunia ,tidak kira tempat dan zamannya, kerana alam semesta ini adalah guru yang  yang boleh memberi pelbagai pengajaran dan nasihat kepada orang-orang yang mampu memahami dan mengambil iktibar darinya. 
Ya Rabb bagi-Mu segala pujian wahai Tuhan Yang Maha Mulia,bagi-Mu segala pujian awal dan akhirnya,wahai Tuhan yang Maha Agung, bagi-Mu cinta yang tulus wahai Tuhan Yang Maha Lembut,bagi-Mu solatku,ibadahku,hidup dan matiku wahai Tuhan yang Maha Hidup,kekal lagi terus menerus mentadbir kan makhluk-Nya,bagi-Mu zikirku,doaku dan syukurku wahai zat Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
 
Aku  bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali hanya Engkau ,ya Allah. Aku bersaksi bahawa Muhammad s.a.w. adalah hamba dan Rasul-Mu. Aku bersaksi bahawa Engkau Maha Esa di dalam sifat-Mu,nama-nama-Mu dan pekerjaan-Mu, tiada Tuhan selain Engkau ya Allah. Aku  bersaksi bahawa hanya Engkau Zat yang berhak untuk disembah dan ditaati. Ya Allah hanya Engkau yang berhak untuk diingati, hanya kepada-Mu rasa syukur,rasa taat dan cinta dipersembahkan.

No comments:

Post a Comment