Sunday, December 26, 2010

SEMUT DAN KEJAYAAN




Diantara pengajaran yang terbesar yang dapat disaksikan  di dalam dunia kejayaan adalah kehidupan haiwan yang bernama semut. Semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berhasil mencapai matlamat yang diinginkan.Ia merangkak di sebuah pokok ,lalu jatuh kemudian bangun lagi  dan berusaha untuk merangkak lagi ke atas pokok. Lalu terjatuh lagi begitu terjadi berulang-ulang,namun ia tetap terus berusaha sampai akhirnya  ia berhasil naik ke atas pokok yang diinginkan dan mendapat apa yang dicari tanpa merasa letih dan bosan.

Jika jalan yang dilalui terhalang maka ia akan berusaha melalui dari arah kanan dan kiri.,namun jika ia tetap mendapat kesukaran untuk berjalan maju maka ia akan berhenti sebentar. Kemudian kembali lagi dengan tenaga yang jauh lebih kuat berbanding yang pertama..Mungkin  ia akan menjauhi jalan pertamanya yang sukar kerana ada beberapa rintangan namun ia akan tetap kembali berjalan menuju arah yang sama  dengan mencari jalan lain,sehingga ia sampai ditempat tujuan.

Haiwan semut mempunyai kekuatan yang luar biasa  dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan.Ia tidak pernah pempunyai rasa bosan dan putus asa. Sehingga semut adalah haiwan yang dijadikan contoh teladan di dalam hal bercita-cita dan tekad kuat yang tidak mengenal kata putus asa.

Ada satu cerita ,suatu ketika ,ada seorang arab badui  pergi kerana sesuatu keperluan, ketika ia merasa sangat letih, penat dan merasa putus asa, maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian ia melihat seekor semut yang meragkak naik ke atas batu besar,namun semut tersebut jatuh,kemudian merangkak lagi dan jatuh lagi. Hal ini terjadi berkali-kali , namun sisemut tetap berusaha dan mencuba dan bersusah,sehingga akhrinya ia berhasil sampai ke atas batu besar tersebut. Melihat pemandangan tersebut,orang arab badui tersebut berkata dalam hati “Saya seharusnya lebih patut untuk bersabar dan berusaha keras daripada semut tersebut.” Lalu ia pun melanjtkan perjalanannya kembali,sehingga ia pun dapat sampai ke tempat tujuan yang diinginkan, dan ia berkata:

“ Cari dan raih,jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah rasa bosan.”

“Tidakkah kamu melihat tali yang tidak seberapa panjang namun ia dapat mengalahkan sebuah batu yang keras”

Sungguh dalam kehidupan seekor semut terdapat pengajaran dan teladan bagi orang-orang yang berakal,iaitu kecekalan,kesabaran,tekad kuat,sikap pantang menyerah dan berusaha tanpa mengenal kata letih dan bosan.Semut terkenal mempunyai sikap cerdik yang luar biasa dalam usahanya mendapat apa yang diinginkan.

Sseorang yang pernah menulis dan meneliti tentang kehidupan semut mengatakan bahawa semut mengumpulkan makanannya dari musim panas hingga musim sejuk.Kerana semut tidak banyak keluar pada musim sejuk,maka ia menyimpan makanan musim sejuk dan hanya dimakan  apabila benar-benar telah tiba masanya. Dan agar biji-bijian yang ia simpan tidak tumbuh di dalam tempat penyimpanan,maka dengan izin dan kuasa Allah s.w.t. (Zat yang telah memberikan kepada setiap sesuatu bentuk kejadiannya,kemudianmemberi bekalnya dengan sesuatu yang dapat dijadikan untuk mencari penghidupan) si semut membelah biji tersebut dari tengah agar tidak tumbuh.

Jika jalan yang dilalui terhalang oleh genangan air yang tidak dapat ia lalui, maka ia dan kawan-kawannya  saling bekerjasama membuat semacam jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang maka semut-semut yang membentuk semacam jambatan tersebut merapat ke tepi. Maha Suci Zat yang telah memberi kepada setiap sesuatu bentuk kejadiannya,kemudian memberi bekal kepadanya dengan akal, instink (naluri) dan bakat semula jadi untuk melanjutkan kehidupannya masing-masing.

Jika seekor semut menemukan sepotong daging atau kaki belalang,namun ia tidak kuat untuk membawa sendiri,maka ia akan pulang ke rumah semut dan memanggil kawan-kawannya yang lain untuk sama sama membawa makanan yang ditemukan tersebut.

Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran luar biasa yang dapat menjadi pengajaran bagi orang yang ingin meraih kejayaan . Bahkan seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan  yang digunakan untuk dilalui oleh kawanan semut,maka mereka akan terhenti,namun tidak akan berbalik arah ke belakang lagi. Akan tetapi ia akan tetap menunggu atau berusaha menaiki batu yang anda letakkan tersebut atau berusaha melalui celah-celah  yang ada di kanan dan kiri batu atau mencari jalan alternative lain yang menghala kea rah dan tujuan yang sama, mereka tidak mengenal kata berundur ke belakang dan kembali ke tempat sebelumnya.

Wednesday, December 22, 2010

KEKUATAN KALIMAT


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Tidakkah kamu perhatikan  bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pokok yang baik,akarnya teguh dan (cabangnya) menjulang ke langit.”
(surah Ibrahim ayat 24)

Kalimat yang baik mampu menegakkan prinsip,mampu menggugah dan menaikkan semangat,mampu melahirkan generasi dinamik,kreatif,inovatif dan mampu membangun satu bangsa.

Kalimat yang baik mampu memperbaiki jalan keburukan,mampu menegakkan keadilan,mampu membasmi kebatilan dan membantah kebohongan. Kalimat yang baik merupakan jalan menuju amal perbuatan dan karya,mengambil pengajaran dari masa yang telah lalu.nyanyian heroik untuk hari ini dan menjanjikan satu masa depan gemilang.

Nasihat dapat dikatakan pengaruh sangat kuat ketika mampu membuat kepala tertunduk membisu dan mampu membuat jiwa terdiam sehingga suasana menjadi hening dipenuhi kebisuan,yang terdengar hanya suara lirih. Ketika itu maka saatnya seorang berdiri,dari lisannya mengalir ucapan dan hujjah yang meyakinkan dan nasihat-nasihat yang disampaikan mengalir didalam jiwa bagai air yang menitis dan mengalir pada sebatang kayu,bagaikan cinta dan kerinduan yang mengalir di dalam hati dan bagaikan cahaya yang mengalir  menyusuri alirannya.

Seorang penceramah yang pandai ,dengan nasihat-nasihat yang disampaikannya mampu mengubah masyarakat yang rendah dan selalu mengikut menjadi masyarakat yang dinamik,kreatif,inovatif dan penuh vitality,mempunyai semangat dan tekad yang tinggi,semangat untuk selalu berkarya dan mempunyai semangat rela berkorban.

Seorang penceramah atau orator yang ulung mampu membangun satu umat yang lemah ,bodoh dan miskin menjadi satu umat yang berkarya,semangat membangun,mampu menulis,membaca,mempunyai semangat memberi,berani berkarya serta semangat berjuang.

Pertama kali yang dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. terhadap umat penduduk sahara adalah memberi ceramah,menasihati,memberi khabar gembira,memberi peringatan,menyampaikan perintah dan larangan kepada mereka.,sehingga umat yang pada awalnya penyembah berhala berubah menjadi para pemimpin kesucian dan tauhid serta menjadi para bintang petunjuk. Para jemaah haji berubah menjadi para tententera yang menetap di titik-titik sensitif yang dapat dijadikan jalan masuk para musuh untuk menyerang kawasan Negara Islam. Para penyair yang terkenal pada awalnya  terkenal dengan penyair khamar dan penyair yang mengajak kepada perbuatan tercela berubah menjadi para penyair hikmah dan para penyeru kepada yang haq. Orang-orang arab badui yang dahulunya terkenal kasar dan keras  berubah menjadi para ahli ibadah yang pada waktu tengah malam seluruh tubuhnya bergetar kerana takut kepada Rabb mereka.

Memang benar bahawa Rasulullah s.a.w.  adalah penceramah paling agung sepanjang sejarah seperti yang ditegaskan oleh salah seorang penyair.

“Ia tidak menyusun susunan kalimat  kecuali setiap kalimat yang ada mampu membangun satu umat yang terdiri dari orang-orang yang mencari kebenaran.”

Tuesday, December 21, 2010

AWANG 1

Pemuda ini dipanggil Awang. berkulit sawo matang,agak gelap.Awang selalu berkunjung ke premis pak andak berniaga. Ia hanya mengharap ihsan daripada orang ramai.Awang tidak kedekut untuk menghulurkan pertolongan.Dari pandangan Pak Andak Awang seorang yang tidak pernah bersekolah.Pandak tidak akan menghampakan Awang setiap kali ia berkunjung.Malah apabila Awang tidak datang Pak Andak rasa ada sesuatu yang menimpa Awang. Pak Andak akan hulurkan RM1. setiap kali Awang datang. Kadang kadang Awang minta minyak wangi,ada ketikanya Awang minta cincin.

wajah Awang.










Di antara Manfaat Musibah.



Sesiapa yang tidak pernah ditimpa musibah ,maka ditakutkan dirinya akan terkena penyakit lalai. Sehingga ia menjadi orang yang berhati keras.mempunyai sikap sombong,menganggap remeh nikmat yang telah diberi kepadanya dan tidak mahu bersyukur atas nikmat Tuhannya. Ia menjadi seperti orang mabuk  yang tidak mengerti dan peka terhadap keadaan  persekitarannya.Yang ia fikirkan hanya  masalah makan,minum dan kesenangan  sendiri. Jadi berbagai musibah  yang menimpa merupakan salah satu hal terbesar yang mampu menggugah hati nurani  dan kesedaran seseorang

Kalimat yang agung....Penceramah yang agung.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Tidakkah kamu perhatikan  bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pokok yang baik,akarnya teguh dan (cabangnya) menjulang ke langit.”
(surah Ibrahim ayat 24)

Kalimat yang baik mampu menegakkan prinsip,mampu menggugah dan menaikkan semangat,mampu melahirkan generasi dinamik,kreatif,inovatif dan mampu membangun satu bangsa.

Kalimat yang baik mampu memperbaiki jalan keburukan,mampu menegakkan keadilan,mampu membasmi kebatilan dan membantah kebohongan. Kalimat yang baik merupakan jalan menuju amal perbuatan dan karya,mengambil pengajaran dari masa yang telah lalu.nyanyian heroik untuk hari ini dan menjanjikan satu masa depan gemilang.

Nasihat dapat dikatakan pengaruh sangat kuat ketika mampu membuat kepala tertunduk membisu dan mampu membuat jiwa terdiam sehingga suasana menjadi hening dipenuhi kebisuan,yang terdengar hanya suara lirih. Ketika itu maka saatnya seorang berdiri,dari lisannya mengalir ucapan dan hujjah yang meyakinkan dan nasihat-nasihat yang disampaikan mengalir didalam jiwa bagai air yang menitis dan mengalir pada sebatang kayu,bagaikan cinta dan kerinduan yang mengalir di dalam hati dan bagaikan cahaya yang mengalir  menyusuri alirannya.

Seorang penceramah yang pandai ,dengan nasihat-nasihat yang disampaikannya mampu mengubah masyarakat yang rendah dan selalu mengikut menjadi masyarakat yang dinamik,kreatif,inovatif dan penuh vitality,mempunyai semangat dan tekad yang tinggi,semangat untuk selalu berkarya dan mempunyai semangat rela berkorban.

Seorang penceramah atau orator yang ulung mampu membangun satu umat yang lemah ,bodoh dan miskin menjadi satu umat yang berkarya,semangat membangun,mampu menulis,membaca,mempunyai semangat memberi,berani berkarya serta semangat berjuang.

Pertama kali yang dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. terhadap umat penduduk sahara adalah memberi ceramah,menasihati,memberi khabar gembira,memberi peringatan,menyampaikan perintah dan larangan kepada mereka.,sehingga umat yang pada awalnya penyembah berhala berubah menjadi para pemimpin kesucian dan tauhid serta menjadi para bintang petunjuk. Para jemaah haji berubah menjadi para tententera yang menetap di titik-titik sensitif yang dapat dijadikan jalan masuk para musuh untuk menyerang kawasan Negara Islam. Para penyair yang terkenal pada awalnya  terkenal dengan penyair khamar dan penyair yang mengajak kepada perbuatan tercela berubah menjadi para penyair hikmah dan para penyeru kepada yang haq. Orang-orang arab badui yang dahulunya terkenal kasar dan keras  berubah menjadi para ahli ibadah yang pada waktu tengah malam seluruh tubuhnya bergetar kerana takut kepada Rabb mereka.

Memang benar bahawa Rasulullah s.a.w.  adalah penceramah paling agung sepanjang sejarah seperti yang ditegaskan oleh salah seorang penyair.

“Ia tidak menyusun susunan kalimat  kecuali setiap kalimat yang ada mampu membangun satu umat yang terdiri dari orang-orang yang mencari kebenaran.”

Monday, December 20, 2010

NIKMAT AKAL




Di antara nikmat Allah s.w.t yang terbesar telah diberikan kepada hambanya adalah nikmat akal. Kerana nilai seseorang didunia  ini dimata orang lain bergantung pada akal yang dimilikinya. Jika ia mempunyai akal yang baik,cerdas dan sempurna,maka nilainya semakin tinggi. Namun jika ia mempunyai akal yang lemah,maka nilai dirinya pun lemah juga. Seseorang menjadi mulia tidak lain kerana mempunyai akal yang kuat dan sihat dan seseorang menjadi hina dan pandir kerana akal yang dimilikinya lemah.

Jika anda mahu mengamati dengan baik, maka anda akan mampu menilai sama ada seseorang mempunyai akal yang kuat atau sebaliknya mempunyai akal yang lemah. Perkataan yang tidak kena pada tempatnya menunjukkan akal yang lemah.Perkataan yang buruk dan kotor,tidak mempunyai rasa malu,merupakan tanda lemahnya akal.Sikap tergesa-gesa ,tidak memikirkan  dan mempertimbangkan akibat yang akan terjadi juga merupakan salah satu tanda lemahnya akal. Adapun tanda-tanda yang lainnya anda dapat mengqiaskannya dengan contoh:
”Dan kamu benar-benar akan mengenali mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka.” (Surah Muhammad ayat 30)

Bersikap tenang dan penuh percaya diri  di dalam suatu majlis,jawapan yang baik dan tepat.mampu memilih kata-kata yang sesuai dan baik, mampu mengambil langkah yang tepat dan sesuai dengan keadaan yang ada,mampu dengan baik menguasai suasana,tidak tergesa-gesa dalam segala hal dan mempertimbangkan berbagai akibat yang mungkin terjadi,semua ini merupakan tanda tanda akal yang kuat dan sempurna.
Akal boleh menjadi kuat dan baik dengan berbagai pengalaman yang di lalui,dengan mempelajari sejarah menuntut ilmu dan mendidik jiwa dengan baik.Sesuatu yang paling baik bagi seseorang yang mempunyai akal yang lemah ialah diam, akan tetapi diam sebenarnya juga perlu kepada akal fikiran. Kalau begini bererti kita kembali kepada sesuatu dimana kita bermula.

Hijrah: Tegak negara, daulat syariat

Hijrah: Tegak negara, daulat syariat

Muqaddimah...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah,segala puji kepada  Allah  s.w.t. yang telah memilih jalan
dan menguntungkan kepada para hambanya yang tunduk dan patuh kepada aturannya.Salawat dan salam dipanjatkan  kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang terkenal sebagai hamba yang paling bersyukur dan paling tunduk kepada apa jua yang ditentukan oleh Allah s.w.t baginya.

Blog yang ciptakan  ini merupakan sebuah blog yang membincang dan memperkatakan tentang kehidupan dan mengambil iktibar dari apa apa yang pernah berlaku di dunia ,tidak kira tempat dan zamannya, kerana alam semesta ini adalah guru yang  yang boleh memberi pelbagai pengajaran dan nasihat kepada orang-orang yang mampu memahami dan mengambil iktibar darinya. 
Ya Rabb bagi-Mu segala pujian wahai Tuhan Yang Maha Mulia,bagi-Mu segala pujian awal dan akhirnya,wahai Tuhan yang Maha Agung, bagi-Mu cinta yang tulus wahai Tuhan Yang Maha Lembut,bagi-Mu solatku,ibadahku,hidup dan matiku wahai Tuhan yang Maha Hidup,kekal lagi terus menerus mentadbir kan makhluk-Nya,bagi-Mu zikirku,doaku dan syukurku wahai zat Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
 
Aku  bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali hanya Engkau ,ya Allah. Aku bersaksi bahawa Muhammad s.a.w. adalah hamba dan Rasul-Mu. Aku bersaksi bahawa Engkau Maha Esa di dalam sifat-Mu,nama-nama-Mu dan pekerjaan-Mu, tiada Tuhan selain Engkau ya Allah. Aku  bersaksi bahawa hanya Engkau Zat yang berhak untuk disembah dan ditaati. Ya Allah hanya Engkau yang berhak untuk diingati, hanya kepada-Mu rasa syukur,rasa taat dan cinta dipersembahkan.